Khamis, 26 Mac 2015

Cerpen : Khai vs Mr Kasanova 1


Khai vs Mr Kasanova 1



  "Khai!! Bangun cepat!!" Jerit Didi lantang lalu menarik selimutku.

Aku menggosok-gosok telingaku. Gila kuat suara minah ni. Boleh cair taik telinga aku kalau pagi-pagi dah macam ni selalu.

   "Apahal kau ni Didi? Awal lagi kot. Tak yah la ganggu aku nak tidur" marahku lalu sambil tidur diatas katil empukku.

   "Kau tengok jam dah pukul berapa?! 7.30 pagi beb! Kau ada kelas kul 8.30 pagi kan?" 

Aku terus melompat turun dari katil. Tuala di kepala katil dicapai.

   "Apsal kau tak bagitahu aku awal-awal?" Marahku lagi sambil berlari masuk ke tandas. Gigiku gosok ala kadar. Badan juga ku basuh aci tak nak je.

   "Kau tu yang tidur mati. Aku dah berapa kali kejut kau" omel Didi sambil mengutip baju ku yang bersepah. Nama je anak dara. Tapi bilik macam bilik bujang.

Aku buat tidak peduli apabila Didi asyik duk mengomen pasal bilik aku. Huh! Bilik aku kan? Biarlah aku nak sepahkan pun. Baju tshirt merah ku pakai. Disertakan dengan jaket hitam. And the most important thing! My cap! Letak perfume sikit. Perfume Dunhill Blue Desire ku sembur ke badan.

   "Okey! Cantik!" Gumamku perlahan. Gugusan kunci yang terletak dalam laci ku ambil lalu dilambung-lambung sambil berjalan ke ruang tamu. Beg sandang ku capai. Terusku keluar rumah lalu menghidupkan enjin keretaku.

   "Hati-hati Khai!" Didi mengingatkanku. Aku hanya mengangguk kecil. Kereta ku bawa keluar dari perkarangan rumah lalu ku pecut kuat. 120 km/j. Nak cepat punya pasal lah ni.



Aku memandu laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Banyak kereta yang ku 'potong' memandangkan aku sudah lewat. Tiba-tiba, kereta dihadapanku brek secara tiba-tiba. Aku terus menekan brek sekuat hati kerana takut tercium kereta di depanku. Tetapi, nasib malang menimpaku apabila kereta ku dirempuh dari belakang pulak. Arghh! Damn it!

Aku terus mengisyaratkan kereta yang merempuh ku tadi bergerak ke tepi jalan. Ada perhitungan yang perlu dibuat! Aku keluar dari kereta dengan lagak singa betina nak memgamuk. Mana aku tak marah? Kereta kesayangan aku beb! Aku melihat pemandu itu turut keluar. Sekilas kupandang wajahnya, mulutku terlopong. Mr Kasanova ni? Aku merenung dia tajam . Dia juga membalas renunganku. Gunung berani akan meletus kejap lagi. Shit you Mr Kasanova!!

P/S : bersambung....





  





1 ulasan: