Isnin, 16 Mac 2015

Mini Novel : Derita Cintaku Bab 1

 
Hai korang2 semua. Lyna ade wat stu perubhan cket. Mini novel Jika itu Takdirkan akam digntikan dngn mini novel yg bru iaitu Derita Cintaku. T_T... coz JIT tu slah jln crita yg Lyna nk olah.. nk ckp cmne ye.. hehw.. xpe.. xpnting pun.. just read my new bby girl DC!! Hehe.. sbrg komen akn dtrima ngan hati yang terbuka...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Safiya termenung memandang langit gelap yang terbentang luas di matanya. Dihiasi dengan cahya cantik bintang yang bertaburan di atas langit menambahkan lagi keindahan langit pekat itu. Safiya mengeluh sekali.

    Ain,rakannya datang dengan membawa dua mug milo panas. Satu diberikan kepada Safiya manakala satu lagi untuknya. Ain memgambil tempat di sebelah Safiya. Dia tahu Safiya sekarang dirundum rasa sedih yang tidak tertanggung. Perasaan amarah pada seseorang yang mengkhianatinya juga sudah sebati dalam diri Safiya.

  "Safi, aku nak tanya sikit boleh?" Ain meminta izin sebelum bertanyakan persoalan yang bermain di mindanya.

    Safiya tersentak. Asyik mengelamun membuatkan dia tidak perasan akan kehadiran Ain. Namun, bicara Ain dapat didengarinya. Safiya menoleh ke arah Ain lalu tersenyum hambar. 

  "Tanya lah"

Ain menarik nafas panjang. "Kau masih teringat pasal Ariel?" Tanya Ain lembut. Sesekali milo panas dihirupnya.

 Safiya tunduk. Perasaannya bercampur baur apabila nama lelaki itu disebut. Perasaan marah,sedih,kecewa masih bersisa dalam jiwanya. Air mata yang ditahan akhirnya gugur juga. Betapa sakit hatinya apabila mengingatkan segala perbuatan Ariel terhadapnya.

   "Safi, aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau" ujar Ain cemas apabila mendengar esakkan kecil Safiya. Tangannya menggosok-gosok lembut belakang Safiya.

   "Tak apalah. Aku memang bodoh habiskan air mata aku untuk jantan keparat tu" keras bicara Safiya membuatkan Ain tersentak. 

Safiya tidak pernah berbicara sekasar itu. Ini sudah cukup membuktikan betapa tebalnya perasaan benci Nur Safiya terhadap Ariel Afzan.

  "Dah la Safiya. Aku simpati tengok kau. Ariel tinggal kau dah lama. Dan sampai sekarang dia tak muncul-muncul. Aku rasa lebih baik kau yang cari dia"

   Safiya angkat muka. "Buat apa aku nak cari jantan tu?"

  "Aku tahu dia tak pernah ceraikan kau kan? So, better kau cari dia. Minta cerai daripada dia biarkan kau hidup tergantung macam ni" nasihat Ain lembut. 

   Dia juga geram dan marah dengan sifat tidak bertanggungjawab Ariel yang meninggalkan Safiya keseorangan ketika Safiya mengandungkan anak sulung mereka. Disebabkan kemurungan yang dihadapinya, ditambah pula dengan stress yang dialaminya, nyawa yang tidak bersalah di dalam rahim Safiya akhirnya gugur tanpa sempat mengenal dunia.

   Nasib malang bertimpa-timpa menimpa dirinya insan yang lemah yang hanya bisa memohon pertolongan dari Yang Esa. Safiya hilang tempat bergantung. Mertuanya pula dari dulu lagi tidak dapat menerima Safiya apabila Ariel menyatakan yang dia ingin mengahwini Safiya. Safiya hanya merawat duka di kampung. Bersama neneknya yang sanggup menerima apa adanya dia memandangkan dia anak yatim piatu.

   Ibu bapanya mati akibat kemalangan yang dirancang. Sampai sekarang pembunuh masih tidak ditemui tetapi usaha mencari pembunuh Puan Sri Sutra dan Tan Sri Ahmed masih diteruskan.
  
   "Dia bukan suami aku lagi. Sudah dua tahun dia tinggalkan aku bersama derita yang diciptanya. Masih layakkah dia dipanggil suami?" Soal Safiya namun dia tidak mengharapkan jawapan dari Ain. Safiya bangun lalu meninggalkan Ain keseorangan. Ain mengeluh.

  "Walau apa pun yang terjadi, dia tetap suami kau, Safiya. Kau masih tak.boleh buat apa-apa selagi kau dan dia masih terikat" Ain bermonolog. Pening kepala memikirkan nasib kawan baiknya.

------------------------------------------------
Ariel melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Tubuhnya dihempas di atas kerusi yang sudah tersedia di pejabatnya. Dia meraup muka sekali.

   Surat di tangannya dibaca. Huh! Surat pertukaran tempat kerja sudah diterimanya. Dia harus bertukar ke Syed Holding minggu hadapan. Penat betul apabila berlaku pertukaran seperti ini.

   Samsung S4 nya dikeluarkan. Gallery dibuka dan folder 'My beloved Wife' menjadi pilihannya. Matanya menatap wajah isterinya yang tersenyum gembira. Hatinya dirobek. Terasa sakit apabila dia terpaksa meninggalkan isteri tercinta apabila dia menerima satu ugutan. Bukan dia tidak mencuba mencari isterinya, tetapi tempoh yang diberi oleh pengugut supaya meninggalkan Safiya membataskan pencariannya.

  Dia diugut agar meninggalkan Safiya selama dua tahun. Jika dia berdegil, dua nyawa insan kesayangannya akan pergi menghadap Ilahi iaitu isteri dan anak di dalam kandungan isterinya.

      Ariel sendiri pelik mengapa pengugut itu meminta tempoh selama dua tahun. 

Mungkin bagi pengugut itu dua tahun sudah cukup untuk menghilangkan rasa cinta Safiya terhadapnya. Dia percaya Safiya masih setia. Ariel juga masih setia menunggu Safiya walaupun dua tahun itu merupakan tempoh yang mencabar untuknya. Namun,bayangan isteri tersayang yang sarat mengandung tidak dapat dilupakan. 

   Ariel bangun dari duduknya dan terus menuju ke surau untuk meminta pertolongan agar dipermudahkan urusan mencari Safiya.

------------------------------------------------
Safiya tekun menghadap komputer untuk menyiapkan kerjanya yang bertimbun-timbun. 'Balik lewat pulak lah aku malam ni' getus Safiya. Dia mengerling jam di tangan. Sudah hampir pukul 10. Safiya diberitahu oleh Encik Michael bahawa hari ini akan ada kemasukkan staf baru. Tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak.

  Safiya kembali meneruskan kerjanya. Seketika kemudian, telinga Safiya dapat menangkap keriuhan di tingkat tiga yang menempatkan pejabatnya. Mungkin staf baru tu dah masuk. 

   "Okey semua! Attention please! Kenal kan, our new staf Encik Ariel Afzan from Warna Holdings. Harap anda semua boleh beri kerjasama" bicara Encik Michael yang menampar gegendang Safiya membuatkan Safiya tersentak.

    Kepala sedaya upaya cuba diangkat. Matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Senyumam mesra empunya diri memukau pandangannya

 Ya Allah! Ariel!

   Ariel kelihatan tersenyum manis sambil bersalam dan berkenalan dengan staf yang lain.

   'Ya allah! Dia dah dekat. Bantulah hambamu ini Ya Allah' Safiya terus terusan memohon pertolongan dari Allah. Namun matanya masih belum dapat dialihkan dari wajah kacak suami yang dirinduinya. 

   Terasa seperti diperhati, Ariel terus menoleh kehadapan. Langkahnya kaku. Ariel berdiri tegun di situ tanpa mampu berbuat apa-apa kerana terkejut yang amat. Matanya bersabung dengan mata Safiya. Menghantar getaran yang pelik di hati masing-masing. Safiya cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

  "Encik Ariel? Boleh kita sambung?" Tegur Encik Michael pelik.

  "Ohh. Okay. Sure" Ariel menggelabah. Dia takut sebenarnya untuk berhadapan dengan Safiya tapi apa kan daya dia tidak mahu menjadi pengecut.

  "Encik Ariel, kenalkan Puan Safiya"
Ariel teragak-agak untuk menghulur tangannya. Namun, tidak disambut oleh Safiya. Safiya hanya senyum terpaksa.

   Safiya menghela nafas berat apabila Ariel kelihatan mula melangkah ke arah staf-staf yang lain.
  Ya allah! Aku tak kuat untuk tempuhi dugaanmu.

------------------------------------------------
 Safiya termenung sendirian di Sun Cafe yang hanya terletak di hadapan syarikatnya. Ain tidak dapat menemaninya hari ini kerana Ain terpaksa ke tapak projek.

  Nasi goreng di hadapannya dikuis-kuis. Seleranya langsung hilang memikirkan masaalah yang mula timbul. Ya Allah! Kenapa kau hadirkan dia dalam hidupku jika hanya untuk membuat aku sengsara? Sayu hati Safiya berkata.

   "Aya tak kan kenyang kalau asyik duk kuis nasi tu aje." Tegur seseorang membuatkan Safiya tersentak. Namun, hatinya dapat meneka siapa gerangan empunya diri kerana hanya dia seorang yang teristimewa yang hanya memanggilnya Aya. Ariel Afzan!

   Safiya panggung kepala. Raut wajah Ariel memenuhi ruang matanya. Senyuman Ariel yang dahulu mampu mencairkan hatinya kini tidak lagi mampu berbuat sedemikian.

   "Assalamualaikum Aya. Isteri abang yang tercinta" ucap Ariel lembut. Tangannya cuba memegang tangan Safiya.

  "Dont touch me!" Marah Safiya lalu mengalihkan tangannya. Hatinya tiba-tiba diserbu rasa marah apabila Ariel menyatakan bahawa dia merupakan isteri tersayang. Berani mulut itu berkata begitu setelah apa yang telah dilakukan kepada ku? Bentak hati Safiya.

  "Abang rindu sayang.." lembut dan romantik sekali kata-kata yang meluncur dari mulut Ariel. Namun, perasaan terbuai-buai tadi ditempis kuat.

   "Aku tak perlukan rindu dari jantan keparat macam kau" kasar sekali kata-kata Safiya namun Ariel bersabar kerana dia tahu betapa bencinya Safiya kepadanya sekarang

   "One more, kau jangan sesekali panggil aku sayang"
Ariel mengeluh namun diikutkan saja permintaan isteri tercintanya.

   "Aya sihat?"

Safiya memandang Ariel tajam. "Apahal kau tak tanya masa 2 tahun lepas?" Sinis bicara Safiya.

   "Aya marahkan abang ke?"

   "Kau rasa aku boleh biarkan kau setelah apa yang kau buat kau aku?" Dada Safira sudah berombak menahan amarah yang menunggung. 

Beg tangannya dicapai lalu terus berlari keluar dari cafe tanpa menghiraukan Ariel yang memanggilnya.

------------------------------------------------

Safira melangkah masuk ke dalam rumah. Ain kelihatan sedang menonton rancangan televisyen sambil mengunyah kacang yang berada di atas meja kecil hadapan televisyen.

   Ain menoleh Safira sekilas. Matanya sembab kelihatan seperti baru lepas menangis. Hidung Safira juga merah.

   "Safira, kenapa dengan kau ni?" Tanya Ain cemas.

   Safira kelihatan mula menangis teresak-esak.

  "No! I dont believe it. Why?! Why?!" Jerit Safira lantang.

   "Istighfar Safi! Ingat Allah! Kenapa ni? Cuba cerita?" Ain gelisah apabil melihat Safira seperti hilang arah.

   " I cant take it anymore! I dont want to see his face! I hate him!!" Tengking Safira lagi.

   "But who?"

  "Ariel.." jawab Safira sepatah sebelum kelihatan lemah dan terjelepuk jatuh.


p/s : huk2.. mcm mne la pndpt korang ye.. sory la coz sy ni bru brjinak-jinak dngn dunia karya..

   





Tiada ulasan:

Catat Ulasan