Ahad, 22 Mac 2015

Mini Novel : Cinta Dari Si Dia 4




Assalam you olss. Lyna nk gtau yg alhamdulilah mini novel JIT akan tetap diteruskan. Heppy x? Ceh.. xde yg heppy pun kn T,T.. xpela.
 Just enjoy!!

₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩


   "Lia, betul ke Lia yang batalkan Family Vaca... Vaca sen? Eh.. VacaSeion? Ape benda Mak Lah tak reti nak sebut la" Mak Lah merapu namun tangan masih ligat mencuci ikan di dalam sink.

Aulia yang sedang mengelap pinggan tiba-tiba sahaja bantai gelak. Perutnya ditekan kerana lucu yang amat. Vacasen? Hahaha..

   "Vacation la Mak Lah" Aulia perbetulkan. Mak Lah mula mencebik.

   "Suka betul gelakkan Mak Lah" ujar Mak Lah dengan nada berjauh hati. Adoiyai Mak Lah ni? Merajuk ke?

Aulia terus bangun lalu mencuit pinggang Mak Lah. 

  "Ya allah opocot mak kau ikan masuk longkang!" Latah Mak Lah. Dadanya diurut-urut perlahan-lahan. Mak Lah merenung tajam Aulia yang sudah tergolek-golek sambil ketawa. Lawak sangat lah tu tengok orang melatah?

   "Hahaha.. Mak..Mak Lah.. Dah lah. Aulia dah tak tahan gelak ni" ucap Aulia dengan tawa yang masih bersisa.

   "Ehem-ehem!" 

Aulia tersentak. Satu suara garau menyapa gegendang telinganya. Siapa pulak yang berdehem tu? Aulia cepat-cepat bangun apabila menyedari dia masih terduduk di lantai dapur. Nasib baik bersih.

Aulia terlopong melihat gerangan tadi. Mamat ni lagi? Bajunya dikipas-kipas sebelum tunduk memandang lantai.

   "Amboi! Sedapnya kau bergedik santai ya? Bantai gelak sampai aku kat tingkat atas boleh dengar? Dah la ketawa lebih pada langsuir" 

Aulia yang tunduk terus mengangkat muka. Mama ni nak samakan aku dengan langsuir ke apa ni? Eshh.. sentap ni!

   "Biar la kalau saya langsuir pun. Boss tu pulak apa? Jembalang tanah?" Kutuk Aulia sedas. Hahaha... Dah blushing muka si Firdaus ni kena sedas ngan aku. Tu baru sedas. Kalau berdas-das?Hehe... nak lawan aku konon. Juara debat ni!

   "Woi agak-agak la minah! Aku ni jembalang tanah? Tak sesuai langsung. Lain lah kalau kau. Pagi-pagi dah melalak dalam jamban. Nyanyi lagu entah apa-apa. Kalau suara kau tu best tak pe lah jugak. Ni suara macam langsuir mengilai.. memang sesuai lah kau dengan gelaran langsuir tu"

Aulia tercengang. Amboi! Dia kasi peluru machine gun kat aku ya? Berdas-das pulak tu.

Belum sempat Aulia memberi serangan balas, Mak Lah sudah mencelah.

   "Sudah lah! Kamu dua orang ni memang tak boleh bertembung langsung kan? Dah macam anjing dengan kucing aje Mak Lah tengok. Aulia pergi sambung buat kerja. Firdaus pergi airport jemput dato. Mama kamu yang suruh" arah Mak Lah tegas. Hehe. Ganas je Mak Lah ni sampai si baran tu pun tunduk kat Mak Lah ni. Tabik spring la untuk Mak Lah.

Aulia mula mengambil tempat di meja dan mula meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Firdaus hanya memberi jelingan maut untuk Aulia. Aulia pula hanya menjelirkan lidah. Huh! Mamat sewel!!

------------------------------------------------
Aulia tersengih-sengih memandang Fa'im yang sedang lincah bermain tali skipping. Mukanya menahan merah apabila anak kecil itu sesuka-suki hati dia aje ajak Aulia main sekali. Dah la dipaksanya aku lompat tinggi depan Encik Azam dan Puan Saleha.

Encik Azam dan Puan Saleha merupakan ayah dan ibu saudara kepada Fa'im yang juga merangkap kepada kakak dan abang ipar Firdaus.

   "Come on la mummy! Lompat tinggi lagi. Jump As high as KLCC Tower please?" Pujuk si anak kecil sambil mencantumkan kedua tapak tangannya. Bersungguh-sungguh betul si Fa'Im ni.

Aulia menelan air liur? Mummy? Bila masa aku ni jadi mummy dia? And, tak ke gila nak suruh aku lompat setinggi KLCC tu? Aku dah ketot. Budak ni pun boleh tahan bijak ye. Speaking lagi ye. Nak try speaking jugak la. Hehe.. kalau salah buat malu aje.

   "I cant my dear." Ujar Aulia senafas. English aku tahap SPM je. Aku main hentam jela. Betul ke tak ada aku kesah??

   "Mummy! Try it first!!" Arah si kecil lagi sambil menghentak-hentak kaki tanda protes.

   "Okay fine. But you must promise me something" Aulia mengenakan syarat. Ini saja jalan supaya budak ni tak panggil dia 'mummy'.

   Fa'Im hanya mengangguk laju tanda setuju.

  "Dont call me 'mummy' okay? Just call me auntie. It sound more better"

Fa'Im hanya mengangguk kecil. Aulia tersengih. Tali skipping di ambil. Dibelek-belek sekejap.

Haihh. Macam mana nak main benda ni? Hentam jela Aulia. Sebelah tangan memegang hujung tali skipping manakala sebelah tangannya memegang yang lagi satu.

One,two,three.. Hayun! Aulia cuba menghayun sambil melompat dan akhirnya berjaya. Aulia tersengih bangga apabila nelihat si kecil Fa'Im terlompat-lompat gembira melihat dirinya.

Tetiba, tali skipping itu mula tersangkut di kaki Aulia menyebabkan Aulia hilang imbangan lalu jatuh seperti nangka busuk. Firdaus yang dari tadi asyik memerhati kerenah Aulia melayan anaknya mula tersentak apabila kelihatan Aulia jatuh tersembam.

Firdaus terus bangun lalu melangkah ke arah Aulia. Firdaus tergamam.

   "Ya allah minah! Kau main macam mana ni sampai jatuh?" Ujar Firdaus cemas. Tubuh genit Aulia dicempung lalu dibawa ke hadapan rumah lalu diletakkan di sofa yang terdapat di situ.

Aulia masih dalam keadaan mengerang kesakitan. Mukanya kelihatan berkerut-kerut menahan sakit.

   "Sa..sakit" ujar Aulia sepatah. Matanya bergenang dengan air mata.

   "Mana tak sakit kalau dahi ngan mulut kau ni bleeding teruk ni minah.. cuai la kau ni" omel Firdaus sambil membelek-belek luka di dahi dan bibir Aulia.

   "Im, panggilkan nenek kejap." Arah Firdaus pada si kecil yang kelihatan tertegun seketika.

    "Kau ni minah! Tak tahu main tak payah la buat-buat tahu. Sekarang tengok? Siapa yang susah? Aku jugak" marah Firdaus tegas.

Aulia yang masih menahan sakit tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata. Kot ye pun nak marah aku, tak payah la marah waktu aku tengah sakit macam ni. Lagi satu, mulut tu tak boleh ke kalau tak panggil aku 'minah'? Aku ada nama tahu tak? Bentak hati Aulia.

Firdaus tersentak. Minah ni menangis? Kasar sangat ke bicara aku tadi? Hatinya mula dijentik perasaan bersalah melihat air mata yang gugur satu persatu di pipi mulus itu.

     "Ya allah Firdaus! Kenapa dengan Aulia ni?" Tanya Puan Sri Lydia cemas apabila melihat darah yang tidak henti-henti mengalir dari dahi Aulia. Aulia juga kelihatan amat lemah.

   "Firdaus! Cepat bawak Aulia pergi hospital" 

Ayat itu sahaja yang mampu ditangkap oleh Aulia sebelum pandangannya berbalam-balam dan akhirnya dia pengsan.

------------------------------------------------

Firdaus dan Puan Sri Lydia sudah berasa resah di luar wad. Doa tidak putus dipanjat agar Aulia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Mak Lah juga sudah terlebih dahulu dimaklum agar menjaga rumah kerana berkemungkinan mereka pulang lewat.

   "Siapa keluarganya Cik Nur Aulia?" Tanya seorang doktor muda setelah keluar dari wad untuk memeriksa Aulia. Firdaus terlebih dahulu menerpa ke arah doktor tersebut diikuti dengan Puan Sri Lydia. Fa'Im juga ditinggalkan pada Mak Lah bimbang Fa'Im meragam pula disini.

  "Macam mana dengan dia encik? Ada kecederaan ke? Teruk ke?" Soal Firdaus bertubi-tubi. Puan Sri Lydia memandang anaknya pelik. Over pulak si Firdaus ni.

   "Sabar dulu encik. Bawa bertenang. Cik Aulia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Tapi dia terpaksa di tahan di wad dalam beberapa hari untuk melakukan pemeriksaan lanjut akibat hentakkan di kepalanya. Kami risau jika ada kesan sampingan." Tenang sekali bicara doktor muda itu.

   "Bibirnya hanya luka sahaja buku lalinya juga terseliuh. Harap bersabar ya." Ujar doktor tersebut lalu menepuk bahu Firdaus.

Aulia mencuba untuk membuka kelopak matanya. Kepalanya juga cuba diangkat tetapi dia tidak mampu kerana kepalanya terasa berat dan sakit seperti mencucuk- cucuk otaknya.

   "Auchh!" Rintih Aulia sambil memegang kepalanya dengan sebelah tangannya.

  "Mummy dah bangun?" Satu suara kecil yang menegurnya membuatkan di tersentak. Kepala di kalih ketepi. Wajah Fa'Im yang yang kelihatan seperti baru tersedar itu ditatapnya. Eshhh Fa'Im ni!! Tadi kan dah janji taknak panggil camtu. Tak tepati janji betul!

   "Im buat apa kat sini?" Tanya Aulia perlahan sebelum melabuhkan kembali kepala dibantalnya.

   "Papa ajak Im temankan mummy kat sini" jawab Fa'Im sambil menggosok-gosok matanya.

Papa? Firdaus lah kan? Dia ada kat sini ke? Terus Aulia cuba untuk bangun sepenuhnya. Namun kesakitan yang mencucuk itu terasa lagi.

   "Arghhh" rintih Aulia kuat. Mungkin kerana rintihan Aulia yang kuat menyebabkan Firdaus yang tidur di sofa tersedar. 

  "Kau dah bangun? Kenapa ni? Tanya Firdaus sambil melangkah ke arah katil Aulia.

   "Kenapa ni? Im kacau mummy ya?" Tanya Firdaus pada si kecik Fa'Im yang setia menunggu di tepi katil Aulia.

Aulia tersentak. Mummy? Ahh. Mungkin kerana Fa'Im memanggilnya mummy. Itu yang Firdaus turutkan jugak.

   "Tak.. di..dia tak ka..kacau sa.sa..saya" ucap Aulia tersekat-sekat. Tekaknya mula terasa perit.

  "Kau nak apa-apa tak ni?" Tanya Firdaus sambil membelek-belek luka di dahi Aulia. Seketika kemudian, mata mereka bertembung. Membuatkan masing-masing terpaku.

        "Sa..saya nak air!" Ujar Aulia keras lalu membuang pandang ke arah lain. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Firdaus.

  "Oh.. uh..okay" 

Firdaus terus membuka beg yang ada di atas meja kecil disebelahnya lalu botol mineral dikeluarkan. Penutup botol dibuka sebelum diserahkan pada Aulia.

   "Fa'Im, jom tidur dengan papa. Jangan kacau mummy" ajak Firdaus lalu mendukung Fa'Im yang kelihatan tersengguk-sengguk. Masih mengantuk barangkali.

Aulia meletakkan botol mineral di meja kecil tadi sebelum menyambung tidurnya. Hatinya terdetik mengapa Firdaus menjadi sebegini baik? Namun, tidak dihiraukan kerana kepalanya yang sakit. Mindanya harus berehat. 

2 ulasan: