Jumaat, 20 Mac 2015

Mini Novel : Derita Cintaku Bab 2




Safiya memandang meja kerjanya yang penuh dengan fail-fail kerja. Jam di tangan di kerling. Lagi 15 minit nak lunch. Sempat kot kalau dia kemas sekarang. Tangannya mula bergerak menjalankan tugas. Fail dikutip dan disusun rapi. Kertas-kertas yang tidak diperlukan dibuang. Seketika sahaja meja yang tadi bersepah sudah kembali kemas.
   
    "Assalamualaikum" satu suara menegur Safiya. Safiya yang sedang membelakangkan suara itu terus menoleh. Terlihatkan wajah Ariel,hatinya menjadi panas.

    "Kau buat apa kat sini?" Tanya Safiya dingin. Salam tadi disambut didalam hati.

  "Abang nak ajak Aya pergi lunch. Jom?" Ajakkan Ariel umpama angin lalu. Langsung tidak dihiraukan Safiya.

   "Aya.. jom la" Ariel masih tidak berputus asa lalu mula menarik lengan Safiya. Safiya merentap kuat tangannya lalu menjeling Ariel tajam.

Ariel mengeluh. Kena guna taktik kotor la ni.

   "Aya, baik ikut abang cepat. Kalau tak abang kiss.." ugut Ariel. Safiya tersentak. Dia sudah mula perasaan orang ramai mula menjeling melihat drama mereka. Dengan ketidakrelaan, Safiya turuti juga.

Usai memesan makanan, Safiya hanya diam sambil merenung jari jemarinya. Ariel menarik nafas perlahan.

   "Aya, abang nak cakap sesuatu. Harap Aya dengar baik-baik" kata-kata Ariel membuatkan Safiya panggung kepala melihat wajah Ariel. Keningnya diangkat bererti menyuruh Ariel meneruskan bicaranya.

   "Abang nak kita bina balik hidup kita. Yang baru"

Mata Safiya mencerlung tajam memandang ke arah Ariel. Ariel sedikit gerun dengan pandangan 'membunuh' itu. Safiya pula cuba menahan amarah supaya tidak terlalu berkasar ketika berbicara.

   "Kau tinggal aku selama dua tahun. Dan aku hilang anak aku disebabkan kau! Kau biar aku tanggung derita seorang diri. Kau ingat ada lagi ke rasa cinta aku untuk kau?! Semua dah hancur! Kau dah tak ada dalam hati aku!" Ujar Safiya keras. Tangannya dikepal menunjukkan amarahnya yang memuncak. Seketika, pelayan datang membawa dulang. Dua gelas air Fresh diletak dihadapan Ariel dan Safiya. Suasana senyap seketika namun aura tegang masih terasa.

Ariel menyedut sedikit air agar memudahkan dia berbincang dengan Safiya.

    "Aya, listen here. Kalau kita tak bersama balik, sampai bila Aya nak macam ni? Nak hidup tergantung?" 

Safiya tersenyum sinis " Hidup aku dah memang tergantung selama 2 tahun ni"

Ariel menunduk. Perasaan bersalah mula menerpa. Hatinya meronta ingin menceritakan hal sebenar. Tapi lebih baik didiamkan kerana Safiya tidak akan percaya setiap butir bicara nya buat masa sekarang.

   "Satu je jalan penyelesaian supaya aku tak hidup tergantung" dingin sekali nada Safiya. Ariel mengangkat muka menunggu Safiya menyambung bicara.

   "Ceraikan aku"

Ariel terhenyak ke kerusi. Pelipisnya dipicit-picit. Sampai begitu sekali benci Safiya pada aku?

  "Tapi kita boleh cuba selesaikan dengan cara baik.. Abang masih cintakan Aya.. Abang tak akan pernah lepaskan Aya" balas Ariel tegas. 

Mana mungkin dia sanggup melepaskan isteri tercintanya begitu sahaja? Dia harus bertekad untuk kembali memikat Safiya.

   "Buat apa lagi kau simpan aku hah? Aku dah tak ada hati dengan kau.. Baik kau lepaskan jela aku.. Jangan biarkan aku lagi terseksa."

Ariel mengeluh. Sudah seringkali batin Safiya kau seksa.. sekarang kau nak seksa dia lagi ke? Baik lepaskan jela dia.. Satu suara bergema di telinganya.

Ariel.. bawak bertenang. Kau masih boleh baiki hubungan kau. Kau cuma perlu masa untuk pikat Safiya balik.. kalau tak berjaya jugak barulah kau boleh lepaskan dia. Satu lagi suara aneh menyapa telinganya. Ariel pening memikirkan keputusan yang perlu diambil. Namun, lebih baik di mencuba.

   "Okey! Macam ni. Bagi abang 3 bulan untuk pikat hati Safiya balik. Please? Give me a chance.." rayu Ariel sambil merenung mata Safiya dalam-dalam. Safiya cepat mengalihkan pandangannya.

  " 3 months? Kau ingat aku boleh ke hadap kau dalam 3 bulan ni? Muak aku tahu tak?" Ujar Safiya sinis. "Aku bagi kau sebulan je. Tak tahan aku hidup dengan kau"

Ariel menimbang-nimbang keputusan isterinya. 1 bulan mana cukup? Haihh...

   "How about 2 months?" Ariel memandang Safiya meminta pengharapan.

   "1 month only" tegas Safiya.

   "2 months please!"
   "1 month!"
    "2months!!"

Safiya merengus keras. "Ok fine. 2 months!" Marah Safiya lantas membuang pandang ke arah lain. Meluat tengok sengih kambing si Ariel.

Ariel tersengih.Safiya memang tak berubah dengan sifat dia yang mudah mengalah.

---------------------------------------------------

Ain mengetuk perlahan pintu bilik Safiya sambil memberi salam. Selepas mendapat keizinan untuk masuk, pintu segera dikuak.

Safiya kelihatan sedang melipat baju-bajunya dan sibuk masukkan ke dalam beg besar disebelahnya.

   "Safi... kau betul nak pergi ke? Nak tinggal aku?" Tanya Ain sayu. Ain mengambil tempat di birai katil sambil merenung Safiya.

Tangan Safiya yang lincah melipat baju tadi terhenti. Kepalanya dipanggung. Raut wajah sedih jelas terpapar di muka Ain. "Aku terpaksa. Kau tahu kan aku just nak lari dari Ariel je dan biarkan 2 bulan berlalu dengan macam tu je. Sebab aku takut aku akan jatuh hati lagi dalam masa 2 bulan ni" jelas Safiya lembut.

Ain hanya menunduk. Dia sudah tahu tentang Ariel yang meminta tempoh 2 bulan untuk kembali menghidupkan rasa cinta di hati Safiya. Dia juga sudah tahu akan rancangan Safiya untuk ke kampung semata-mata untuk melarikan diri dari Ariel agar 2 bulan berlalu begitu sahaja. Haihh..

   "Yela tapi aku? Aku takut la nak duk sorang-sorang" rengek Ain sambil menguis-nguis kakinya.

Safiya tersenyum manis. Dah arif dengan perangai kawannya yang penakut sangat ni.

   "Mimiey kan ada? Stay jela dengan dia" usul Safiya.

Mata Ain bersinar-sinar. Bibirnya tersengih. "Ya tak ye jugak kan? Mana tahu boleh jumpa Abang Irwan aku tu" Ain mula berangan-angan.

Safiya tergeleng-geleng. Irwan yang gelap macam badak sumbu pun kau boleh berkenan kan? Pelik hati manusia ni kan? Namun didiamkan sahaja agar kawanny tidak tefasa hati.

------------------------------------------------

Ain membelek fail-fail dihadapannya. Banyak betul kesalahan ejaan pekerja ni buat. Penat betul nak kena baiki. Pen hitam diletak di atas meja kerjanya. Mata di tenyeh-tengeh lembut.

Telefon pintar Ain berbunyi seketika. Skrin di telefon ditengok sekilas. Nombor siapa ni?

Punat hijau segera di tekan. "Assalamualaikum" salam diberi.

   "Waalaikumussalam. You Ain kan?" Tanya suara garau di hujung talian.

  "Ya saya. Ada apa encik call saya? And encik ni siapa?" Soal Ain pelik.

   "I Ariel. Suami Safiya. You kenal Safiya kan?" 

Ain tersentak. Ariel?

  "Safiya? Siapa tu? I'm so sorry. Saya tak kenal" bohong Ain. Dia sudah berjanji untuk merahsiakan segala tentang dirinya yang merupakan kenalan Safiya.

   "You jangan tipu I. I tahu you kenal Safiya. Your housmate, right?" Tebak Ariel. Ain bangun dari kerusinya lalu bangkit menghadap pemandangan kota.

   "Encik tak faham ke saya cakap saya tak kenal siapa Safiya tu. Saya TAK KENAL!" Ain mula meninggi suara. Namun, satu suara menjengah fikirannya.

Lebih baik kau fikirkan cara dan menyatukan Ariel dan Safiya daripada kau terus halang Ariel untuk memikat Safiya kembali. Ain tersenyum dengan keputusannya sekarang.

   "Please Ain. I'm begging. Kat mana Safiya sekarang? Where's she? Kenapa I tak tanya staf pejabat semua buat tak tahu? Semua nak jauhkan I dari Safiya ke? Come on la! I'm her husband" dengus Ariel.

   "Okay fine. Safiya kat kampung nenek dia. Dia nak tenangkan jiwa dia yang tengah berserabut tu... puas hati?" 

Ain menekup mulut. Opssss.. cepat betul mulut pecahkan rahsia. Ariel di hujung talian sudah tersenyum senang. 

Sayang tak boleh lari dari abang tau.. Ariel tersenyum manis..

   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan