Khamis, 2 April 2015

Mini Novel : Cinta Dari Si Dia 5



Cinta Dari Si Dia Bab 5



Hari ini, Aulia dapat memulakan kerja seperti biasa. Cukuplah cuti seminggu yang diberi Puan Sri Lydia kepadanya. Seminggu itu juga sudah merupakan tempoh yang agak lama.

   "Lia, tengah buat apa tu?" Tanya Mak Lah. Aulia yang sedang mengelamun tersentak lantas menoleh memandang Mak Lah yang memegang pisau di tangan. Lagak macam nak bunuh orang aje. Gerun pulak aku tengok. Getus Aulia. Mungkin Mak Lah baru lepas potong ayam lah tu. 

  "Tengah mengelamun Mak Lah" jawab Aulia selamba sambil tersengih. Mak Lah tergeleng-geleng.

  "Pergi buat kerja cepat.. jangan makan gaji buta" tegur Mak Lah separuh bergurau. Err.. Mak Lah ni agak-agak lah. Aku rehat kejap je kot. Tak kan tak boleh.

   "Aulia rehat kejap je Mak Lah. Lagipun tingkat atas dah siap kemas. Kalau nak kemas lebih-lebih kang ada orang mengamuk pulak"

   "Iyela tu. Kalau tak ada kerja, tolong Mak Lah kejap." Pinta Mak Lah lalu menghulurkan sekeping kertas kepada Aulia. Kertas bertukar tangan.

  "Tolong belikan barang-barang dapur. Mak Lah tak boleh pergi ni. Banyak lagi kerja kat dapur ni"

   "Tapi Lia tak pandai drive.. nak pergi macam mana?" Tanya Aulia pula. Tak kan lah aku nak cari teksi. Aku bukannya reti pun. 

   "Aku boleh hantarkan kau" satu suara garau menyampuk perbualan Aulia dan Mak Lah. Alahai! Mamat ni lagi. Bila pulak dia ada masa nak curi dengar perbualan orang ni?

   "Hah! Elok la tu. Kamu pergi je dengan Firdaus. Selamat lah sikit kan. Kaki kamu tu pun tak boleh lasak sangat kan?" 

Aku mengeluh. Pergi jela Aulia. Tak mati pun kalau kau pergi dengan dia. Lain lah kalau dia sengaja bawak kereta sampai masuk gaung ke. Memang mati lah kau. Aulia menepuk mulutnya. Suka benar merepek. Tak kan lah Firdaus kejam macam tu? Lagipun sekali dengan si Firdaus tu Innalillah nanti. Tapi kalau betul macam mana? Sekali lagi mulut Aulia ditampar kecil.

   "Kau ni pehal? Gila ke?" Tanya Firdaus pelik melihat Aulia asyik menampar mulutnya. Sekali sekala gadis itu mengomel sendirian.

  "Err.. tak ada apa-apa... cepat lah. Tadi kata nak tolong hantar" balas Aulia menyembunyikan rasa malunya tadi. Tak pasal-pasal kena cop gila tadi.

Di dalam kereta, tiada komunikasi diantara Aulia dan Firdaus. Kedua-duanya hanya diam membisu. Janggal dengan keadaan sekarang. Aulia lebih selesa memandangkan permandangan luar.

   "Kenapa kau kerja jadi maid? Kau kan muda lagi... tak nak sambung belajar ke? Ke kau ni memang dah malas nak belajar?"

Aulia tercengang. Amboi mulut! Tak ada insurans langsung. Cakap main lepas je. Aku ni teringin sangat nak sambung belajar. Tapi nak buat macam mana. Kenkangan wang. Ibu hanya seorang penoreh getah. Ayah pula sudah meninggal hampir 3 tahun. Terpaksa dia yang bekerja.

Aulia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak mahu berlawan kata dengan si Firdaus ni.

   "Aku tanya ni jawablah. Ke kau kerja kat rumah aku sebab nak kikis duit mummy aku?" Tuduh Firdaus melulu.

Aulia terasa telinganya berasap. Ya allah! Jahatnya mulut mamat ni.

     "Boss memang tak reti nak jaga mulut kan? Saya datang sini nak cari rezeki. Nak tolong ibu dan adik-adik saya. Saya bukannya kebulur sangat dengan harta boss. And, saya tak sambung belajar sebab saya tak mampu. Tak sangka ada juga yang salah ertikan niat saya ni" ujar Aulia dalam nada sebak. Tak sangka sampai begitu sekali sangkaan Firdaus terhadapnya. Hina sangat ke aku?

Firdaus terkedu. Tidak tahu untuk berkata. Ingin meminta maaf tapi mulut ini seperti berat untuk dibuka. Terus didiamkan sahaja.

   "Turunkan saya kat sini. Saya boleh cari teksi." 

  "Tak payah. Kau ikut je aku. Jangan nak mengada-ngada sangat" 

Aulia mengeluh. Nasib kau dapat boss yang macam ni.

----

Aku berjalan perlahan-lahan sambil menolak troli. Mamat kan sebelah ni buat derkk je. Bukannya nak tolong tolakkan. Tak gentleman lansung! Dah la asyik dengan telefon dia aja. Sabar jela. Kau tu pembantu rumah aje.

   "Okey! Semua dah cukup. Tapi, satu lagi...." 

Mata Aulia melilau-lilau mencari sesuatu. Seketika kemudian dia pun tersenyum. Jumpa pun! Kelihatan berkotak-kotak santan segera tersusun rapi di atas rak. Aulia mula menghampiri rak tersebut.

   "Mak aihh! Tingginya.. mana la aku sampai. Cuba jela dulu Aulia" omel Aulia sambil menjingkitkan kaki sambil tangan cuba mencapai kotak santan segera. Aulia terkial-kial sebelum satu tangan dari belakang mencapai kotak itu. Jantung Aulia sudah berdegup. Dia yakin itu Firdaus. Haruman perfume itu memang milik Firdaus.

Firdaus yang berdiri di belakang Aulia segera meletakkan kotak santan segera itu ke dalam troli. Jika agenda tadi dilihat dari jauh, mesti kelihatan seperti Firdaus sedang memeluk Aulia.

   "Kalau dah pendek tu memang pendek la. Tak payah nak berlagak tinggi. Apsal tak panggil aku aje? Aku boleh ambilkan. Kaki kau tu dah lah tak berapa nak ok sangat" ujar Firdaus lalu sambung menghadap telefonnya.

  "Dia tu duk asyik dengan fon. Orang nak mintak tolong pun susah" gumam Aulia perlahan lalu mula melangkah ke kaunter. Firdaus hanya tersenyum nipis. Lucu dengan gelagat Aulia tadi.


3 ulasan: