Khamis, 2 April 2015

Cerpen : Khai vs Mr Kasanova 2




   "Wei bro! Agak-agak la! Tengok kereta aku dah calar ni. Siapa yang nak bayar hah?"

Khai terasa darah sudah tersirap naik ke kepalanya. Dia panggil aku apa? Bro? 

  "Wei! Kau yang agak-agak sikit. Aku pompuan kot. Pehal sesuka hati kau nak panggil aku 'bro'?" Marah Khai lalu melangkah ke arah lelaki tadi.

Lelaki tadi membuka kaca mata hitamnya. Khai yang sudahpun berdiri dihadapannya terpempam. Giler handsome mamat ni kalau tengok dari dekat. Tiba-tiba, cap yang terletak elok di atas kepala Khai dibuang kasar oleh lelaki tadi. Rambut ikal milik Khai terpampang. Lelaki itu terkedu seketika.

Cun giler minah ni. Aku ingatkan tomboy suka rambut pendek cam lelaki aje. Lelaki tadi terus berdehem beberapa kali.

  "Laa.. pompuan rupanya. Tapi ada hati nak jadi macam jantan" sindir lelaki itu sambil mula memakai cermin mata hitamnya.

   "Kau sibuk pehal? Tak ada kena mengena dengan kau pun kan? Sekarang aku tak kira. Kau kena bayar jugak ganti rugi kereta aku!" 

Lelaki tadi tersenyum sinis. "Aku ke kau yang salah sekarang? Kau tu yang brek mengejut. Tak bagi signal dulu. Bawak kereta macam tak pernah belajar. Memang sampai bila pun aku tak bayar la wei!"

Khai sudah tiada pilihan. Dia sudah lewat untuk ke kelas. Tapi dia juga harus meminta ganti rugi. Tanpa berfikir panjang, Khai meluru ke arah lelaki tadi lalu meraba poket lelaki tadi. Dompet coklat milik lelaki tadi dikuarkan lalu beberapa not 50 diambil. Lelaki tadi tercengang. Berani betul minah ni!

      "Ni duit ganti rugi untuk aku. Aku chow dulu! Bye!" Ujar Khai lalu mencampak dompet ke arah lelaki itu.  Topi dipakai semula ke kepala.Enjin dihidupkan lalu keretanya terus meluncur laju.

Lelaki tadi tercengang lagi. Minah tomboy ni memang nak kena! Damn it! Dompet disimpan dalam poket. Enjin terus dihidupkan memandangkan dia juga sudah lewat.


2 ulasan: