Rabu, 11 Mac 2015

Mini Novel - Cinta Dari Si Dia 3


Cinta Dari Si Dia Bab 3

  "Aulia, Puan Sri panggil. Dia ada kat balkoni luar. Buatkan teh sekali"

Aulia yang baru sudah mencuci pinggang mangkuk hanya mengangguk kecil. Tangannya dilap. Satu teko kecil diambil dan teh dibancuh. Gula di masukkan secukup rasa. 2 biji cawan bersama teko kecil itu diletak di atas dulang dengan cermat. Dulang ditatang dengan berhati-hati dan dibawa ke beranda. Dari jauh, sudah kelihatan kelibat Puan Sri Lydia sedang tersenyum ke arahnya.

  "Sampai pun kamu ni Aulia. Jom duduk. Temankan auntie borak-borak" ajak Puan Sri Lydia mesra.

  "Tak apa la auntie. Banyak kerja kat dalam. Kesian Mak Lah buat kerja sorang-sorang" tolak Aulia sopan lalu meletakkan dulang cermat.

   "Tak apalah Lia. Auntie nak cakap kejap aje. Jom la. Temankan auntie" 

Aulia serba salah untuk menolak lalu duduk berhadapan Puan Sri.

   "Tan Sri balik bila auntie?" Tanya Aulia memulakan perbualan.

   "Panggil uncle je. Uncle outstation sebulan kat Sydney. 2 minggu lagi balik la" jawab Puan Sri Lydia sambil tersenyum manis.

   "Lia, auntie nak mintak tolong boleh?" Pinta Puan Sri Lydia lalu memegang erat tangan mulus Aulia.

  "In Shaa Allah kalau Lia boleh tolong" Aulia tersenyum pula.

  "Lia tahu Fir dah ada anak kan?" Tanya Puan Sri sambil memandang ke arah Aulia.

Aulia tersentak. Dah kahwin rupanya si Firdaus tu. Tapi mana isteri dan anak dia?

  "Lia tak tahu lagi auntie. Tapi Lia pelik juga kenapa ada mainan budak-budak kat ruang tamu tu" ujar Aulia terus terang. 

Sudah lama persoalan ini bermain-main di kotak fikirannya. Namun, dia selalu sahaja lupa untuk bertanya.

  Puan Sri Lydia tersenyum. " Firdaus dah kahwin. Dah ada anak dah pun. Tapi, arwah isteri Firdaus belum sempat melihat anak lelakinya, arwah meninggal dunia kerana pemdarahan yang banyak. Sejak itu juga, Firdaus dah banyak berubah. Dia dah tak macam dulu. Dia pendiam. Dia sekarang suka marah-marah. Semuanya sebab dia masih tak dapat terima takdir." Jelas Puan Sri Lydia yang sudah sebak. Hanya menahan air mata dari jatuh ke pipinya sahaja.

  "Tapi, mama anak Firdaus?" Tanya Aulia kerana tidak tahan dengan perasaan ingin tahunya yang membuak-buak.

  "Ohh. Fa'im ye? Dia ada kat umah mak sedara dia. Esok balik la tu" balas Puan Sri Lydia.

  "So, apa yang boleh Lia tolong auntie?" 

Puan Sri Lydia tersenyum "Tolong kembalikan Firdaus yang dulu. Auntie tahu kamu boleh. Kalau tak, macam mana Fir boleh main kejar-kejar ngan Lia tadi. Auntie tahu Lia boleh gembirakan Fir. Boleh kan sayang?" Pinta Puan Sri bersungguh-sungguh sambil memegang tangan Aulia erat. Matanya tepat memandang mata Aulia.

Aulia akhirnya kalah dengan pujuk rayu Puan Sri Lydia. "In shaa Allah Lia boleh auntie. Lia akan lakukan yang terbaik"

Puan Sri Lydia tersenyum gembira.

------------------------
  "Aulia!!!" Panggil Firdaus lantang.

Aulia yang sedang berbual-bual dengan Mak Lah tersentak. Aulia segera meminta izin dari Mak Lah. Aulia terkocoh-kocoh menaiki tangga ke arah bilik Firdaus.

     "Ada apa ya?" Tanya Aulia sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik Firdaus.

   "Kau iron baju macam mana hah?! " jerkah Firdaus lalu mencampak baju kemeja berjalur-jalur yang baru digosok ke arah Aulia.

Aulia membelek-belek kemeja tersebut. 'Tak kedut pun. Ni kedut pun sebab dia baling kat aku tadi' getus Aulia.

   "Tak kedut pun. Ni kedut sikit kesan yang boss baling tadi" jelas Aulia. Dia sebenarnya meluat untuk memanggil Firdaus bos. Tapi apakan daya dia hanya pembantu rumah.

   "Aku nak kau iron kemeja tu sekarang. Pasni aku nak kerja. Aku bagi kau 2 minit je!" Tegas kata-kata Firdaus sebelum berlalu keluar. Aulia mendengus. Memang aku tak kan gosok la. Buang masa aku aja.

 Aulia mengerling jam tangannya.

  "Yes. 2 minutes. Sharp"
Aulia terus membawa baju yang 'sudah digosok' itu kepada Firdaus yang sedang mengemas meja kerjanya.

  "Bos, nah" kemeja dihulurkan. Firdaus membelek-belek kemeja tersebut.

  "Bagus. Macam ni lah. Cepat siapkan breakfast aku"

Aulia keluar dengan wajah yang tersengih.

  "Aku dah cakap. Kau nak permainkan aku je. Hahaha. Nasib baik aku tak bodoh macam yang kau sangka" Aulia bercakap pada dirinya sendiri.

Sekarang aku dah tahu game kau Firdaus!

------------------------
  "Auntie, nak tak cuti ni kita buat Family Holidays? Tanya Aulia membuatkan Firdaus tersentak. Apa pasal pulak tiba-tiba je ni?

  "Ya allah Firdaus! Kenapa boleh tersedak ni?" Puan Sri Lydia mengurut lembut belakang Firdaus.

  "Apahal tetiba je kau nak plan Family Holidays ni? Kau tu siapa? Family kitaorang ke? Tak kan? Sedar la diri yang kau tu cuma pembantu rumah! Jangan nak berangan nak jadi ahli keluarga ni" kesat sekali kata-kata yang ditutur Firdaus membuatkan Aulia tersentak. Air mata yang ingin mengalir ditahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah di pandangan lelaki ego tinggi seperti Firdaus ni.

  "Firdaus!! Kenapa cakap macam tu? Mana adab kamu yang mama selalu ajar?" Marah Puan Sri Lydia pada anak lelakinya. "Lagipun mama setuju dengan plan Aulia. Kita dah lama tak melancong. Pasal papa kamu jangan risau. Papa dah bagi greenlight" sambung mama lagi panjang lebar.

Firdaus mendengus kasar. "Okay fine! Tapi Firdaus tak nak ikut"

  "Firdaus kena ikut. Bawak Fa'im sekali. Keputusan mama muktamad. Jangan bantah!" Aulia dapat mengesan aura tegang diantara anak beranak ini.

  "Tak apalah auntie. Lia suggest je. Tak payah la serius-serius." 

  "Auntie pun dah lama tau nak melancong ni. So, auntie dah tetapkan kita akan pergi juga melancong cuti ni. Pasal tempat tu biar je auntie fikirkan dulu. Yang penting Lia dengan Fir kena ikut. " kata Puan Sri Lydia muktamad lalu bangkit meminggalkan Firdaus dan Aulia.

   "Ni semua kau punya pasal!"marah Firdaus. "Kau tak boleh ke kalau tak menyusahkan aku? Now, aku terpaksa holiday dengan kau sekali. Makin serabut lah aku kalau kau ikut!" Bicara Firdaus keras lalu meninggalkam Aulia hanya terdiam meja makan.

     "Whatever la Firdaus! Yang penting plan aku menjadi" Aulia tersengih sendiri.

  "Tapi dua beranak ni sama je. Makan tak reti nak kemas. Main tinggal aje. Tapi, apa boleh buat. Kau tu pembantu aje Aulia. Semua tu tugas kau la" omel Aulia sambil tangan mula bergerak mengemas meja.
  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan