Selasa, 10 Mac 2015

Mini Novel - Cinta Dari Si Dia 1


Cinta Dari Si Dia 1




   "Aulia, kau setuju kan nak jadi pembantu rumah kat rumah kawan aku?" Tanya Fida sambil mengunyah kacang yang sedia ada di dalam mangkuk sambil ralit menonton tayangan di hadapannya.

   "Dia nak ke terima aku weh?" Aulia gusar jika dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuhnya. "Aku bukannya bijak pun. Belajar pun sampai SPM aje"

  "Kau ni merendah diri betul la. Nak jadi pembantu rumah perlu ke nak yang bijak-bijak? Cukup sekadar yang pandai buat kerja rumah je Lia." Balas Fida sambil masih enak mengunyah kacang kegemarannya. "Tapi ingat ye Cik Nur Aulia, kau jangan bawak perangai panas baran kau tu kat sana" nasihat Fida.

Aulia memang seorang yang agak panas baran. Walaupun begitu, hatinya baik dan lembut. Dia juga hanya mencari pasal dengan orang yang cari pasal dengan dia dulu.

  "Yela. Aku cuba. Bila boleh start kerja?" Tanya Aulia lalu mencapai remote untuk menutup televisyen setelah rancangan di tonton mereka tamat.

   "Esok?"

Aulia mengangguk-angguk tanda setuju. Lagipun sudah lama dia menganggur dan tidak bekerja. Hanya mengharapkan Fida sahaja. Dia juga harus belajar untuk berdikari.

----------------------
Aulia kini berdiri di hadapan sebuah banglo besar. Mulutnya terlopong tapi segera ditutup bimbang ada yang memandang dirinya. Loceng rumah ditekan berkali-kali dan salam diberi. Seketika kemudian pintu terbuka.

   "Kamu Aulia ye? Pembantu baru?" Tanya seorang mak cik yang berumur lingkungan 50an yang memakai apron.

   "Iya saya. Puan Sri ada kat rumah tak?" Tanya Aulia sambil menghadiahkan senyuman kecil kerana selesa dengan sifat peramah orang di hadapannya sekarang.

   "Dia keluar. Kejap lagi balik la tu. Dia mintak tolong Mak Lah tolong bagitahu Alia pasal kerja-kerja Aulia nanti." Terang Mak Lah sambil turut membalas senyuman yang diberi Aulia. "Eh, jemput la masuk." Ajak Mak Lah

Aulia hanya mengangguk dan mengikuti langkah Mak Lah dari belakang. Matanya melilau-lilau melihat kemewahan dalaman banglo 2 tingkat ini. Bilalah agaknya dia dapat merasakan kenikmatan ini?

Setelah tugas-tugasnya di beritahu oleh Mak Lah, Aulia memulakan tugasnya dengan membasuh baju sementara Mak Lah keluar ke pasar untuk membeli barang mentah. Kata Mak Lah, di setiap bilik dalam rumah ni, akan tersedia satu bakul pakaian yang akan diletakkan di tepi bilik masing-masing. Aulia perlu mengutip pakaian itu apabila bakul sudah penuh. Tetapi, bakul yang berisi pakaian ditingkat atas tidak boleh dibasuh sekali dengan pakaian orang lain. Kata Mak Lah lagi, orangnya cerewet sedikit. Aulia terus memberus pakaian tersebut dengan tangannya memandangkan dia tidak tahu menggunakan mesin basuh yang sudah tersedia. Selesai membasuh semua pakaian, Aulia menjemurnya pula.

   "Fuh!! Penat" keluh Aulia sambil melabuhkam duduk di atas sofa sebelum menyambung kerjanya di tingkat atas pula.

Aulia menaiki tangga ke tingkat atas. Tingkat atas lebih bersih dari tingkat bawah yang bersepah dengan mainan kanak-kanak. 
Dia sendiri tidak tahu Puan Sri Lydia dan Tan Sri Hamid sudah mempunyai cucu.

Aulia memulas tombol pintu bilik yang dipanggil bilik bacaan.

  "Ya allah. Bersepahnya. Ni bilik ke apa ni?" Rungut Aulia apabila melihat kertas-keras yang berterabur di atas meja kerja. Komputer yang ada di sudut bilik juga masih terpasang. Bakul sampah yang sudah penuh dengan kertas dan plastik makanan ringan juga dibiarkan dan tidak dibuang. Buku-buku yang berada di rak juga dalam keadaan tidak tersusun rapi. Hanya satu rak besar sahaja yang kelihatan kemas dan dalam keadaan elok. Tidak berhabuk kelihatan seperti sentiasa di lap oleh tuannya. 

Aulia melangkah ke arah rak tersebut. Kelihatan bingkai gambar pelbagai saiz tersusun elok. Bingkai gambar diperhatinya. Kelihatan seorang lelaki yang tampan tersenyum riang sambil memegang tangan seorang wanita yang juga cantik bergaya. Gambar seterusnya pula gambar wanita itu memegang perutnya yang sudah sarat mengandung manakala lelaki yang dianggap mungkin suami wanita itu pula menekapkan telingan di perut wanita tersebut. Romantik sekali. Gambar-gambar lain pula ditilik dan akhirnya matanya terpandang ke arah satu bingkai gambar lelaki bersama seorang kanak-kanak lelaki. Wajah lelaki itu kelihatan muram dan hanya mempamerkan senyum yang terpaksa. 

  "Woi!" Belum sempat Aulia melihat gambar yang lain, dia terkejut apabila disergah oleh seseorang. Badannya di pusing menghadap suara yang menyergahnya tadi.
Sekali lagi dia tergamam apabila melihat lelaki yang si hadapannya kini adalah lelaki yang berad di dalam gambar tadi bernama Firdaus. Aulia tahu kerana terdapat satu note kecil di gambar yang menyatakan 

  'Abang rindu sayang. Firdaus ♥ Hanan'

Huh. Matilah kau Aulia. Berani sangat masuk bilik orang tak mintak izinkan. Terima la padah nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan